Sunday, January 24, 2010

Jika tiada tumbuh-tumbuhan di permukaan bumi

Pada masa sekarang, kita sentiasa berfikir mengapa suhu pada masa sekarang semakin meningkat panas. Adakah kita berfikir bahawa tumbuh-tumbuhan yang telah banyak menyumbangkan kepada manusia tetapi manusia melakukan pemusnahan dan penghapusan pokok-pokok di dunia sekarang. Pada suatu hari ketika, Apakah perasaan kita hidup dalam permukaan bumi ini tanpa adanya tumbuh-tumbuhan dan kesannya.

Apabila tiada pokok di permukaan bumi aka akan berlaku Pemanasan Global. Ia boleh dikaitkan dengan kenaikan suhu dunia. Pada masa itu, kita hidup dalam keadaan yang semakin hari semakin panas. Dengan kenaikan suhu di dunia ini ia akan menggangu aktiviti manusia secara tiada keseimbangan sistem-sistem bumi khususnya sistem atmosfera. Menurut Proffessor James.G Titus dari Agensi Perlindungan Alam Sekitar USATerdapat peningkatan suhu dunia antara 0.4 hingga 0.5 darjah celcius pada setiap lima tahun bermula tahun 1952. Dianggarkan antara tahun 1990 hingga 2025 suhu dunia akan meningkat antara 0.8 hingga 3.6 darjah celcius”.

Bukan sahaja itu, Pemanasan global terjadi melalui dua mekanisme penting iaitu melalui Kesan Rumah Hijau dan juga Penipisan Lapisan Ozon”. Perkara ini berlaku atas aktiviti manusia contohnya perindustrian,penyahutanan untuk pelbagai tujuan,pembebasan Cloroflorokarbon (CFC), punca kenderaan, pembakaran terbuka dan yang paling dashyat adalah melalui ujian nuklear yang berlaku di negara maju.

Selain itu, kesan rumah hijau berlaku disebabkan oleh gas Karbon Dioksida. Menurut Anthony Milne dalam bukunya “Our Drowing World”, Population,Pollutions and Future Weather, bab 5 – The Green House Effect; “ Bahan-bahan pencemar terutamanya karbon dioksida dan metana membentuk satu lapisan yang menutup ruang atmosfera. Lapisan ini bertindak membenarkan matahari menembusinya tetapi ia akan merangkap bahangan bumi daripada keluar”. Justeru itu tenaga matahari akan berkitar di dalam ruang atmosfera bumi yang samadan bumi dipaksa menerima lebihan tenaga haba. (Anthony Milne, Ibid ; m.s. 64 –65). Inilah jika tiada pokok di permukaan bumi akan menyebabkan kesan rumah hijau ini berlaku atas perbuatan manusia.

Apabila tiada pokok atau tumbuh-tumbuhan di permukaaan bumi akan berlaku pulau haba Bandar. Pulau haba bandar merupakan fenomena atmosfera yang berkaitan dengan peningkatan suhu yang tinggi di dalam kawasan bandar berbanding kawasan sekitarnya. Ia berlaku apabila pelepasan haba di kawasan membangun khususnya di bandar-bandar terlalu banyak dan tersekat oleh bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. Haba yang tidak dapat dilepaskan ke atmosfera itu akan membahangi kawasan sekitar. Akibatnya kita boleh mendapat sakit kepala.

Mekanisme yang kedua adalah penipisan lapisan ozon yan berlaku di ruang statosfera. Sebenarnya ozon terdiri daripada tiga molekul oksigen yang terikat di antara satu sama lain secara ikatan kovalen. Lapisan ozon mempunyai fungsi yang penting untuk menapis,menyerap,menyerak dan memantul sinaran matahari daripada terus terpancar ke bumi. Ozon akan semakin menipis apabila CFC dan gas HALON yang dibebaskan oleh manusia melalui aktiviti industri dan memutuskan ikatan kovalen tiga atom oksigen tersebut. Daripada itu lapisan ozon juga bocor dan berlubang akibat ujian peluru berpandu manusia. Apabila ozon menipis dan berlubang maka sinar UV yang membawa tenaga matahari terpaksa diterima dengan banyak oleh bumi. Kesannya suhu dunia akan meningkat. (Rusly bin Musa,2002).

Saya sentiasa berfikir jika pemanasan global ini berlaku secara berterusan ia boleh mencairkan litupan ais di kutub atau kawasan pergunungan tinggi, membanjir laut seterusnya meningkatkan kadar hakisan ombak yang akan menyempitkan lagi saiz pantai sesebuah negara.Pada masa kini negara-negara di dunia ini sentiasa berlaku kebanjiran ataupun kebanjiran berlaku atas ombak laut yang tinggi. Perkara ini berlaku adalah atas perbuatan manusia yang tidak berhenti-henti. Di samping itu suhu dunia yang panas juga boleh berlaku kejadian El-Nino apabila suhu laut dan aras lautan turut menjadi panas lalu mengubah sistem cuaca dunia, memanjangkan tempoh musim kemarau atau musim panas, kejadian kekurangan air dan lain-lain lagi yang memudaratkan manusia.

Tumbuh-tumbuhan memainkan peranan yang penting bagi manusia. Mengikut kajian saintifik bahawa tumbuh hutan secara tidak langsung mempengaruhi iklim dunia ini. Apabila sesuatu kawasan yang luas dan setempat. Antaranya ialah suhu udara di sekitar ekosistem hutan lebih rendah berbanding dengan kawasan tidak berhutan. Hutan dijadikan unsur utama yang mengawal suhu bumi daripada naik atau dapat mengawal daripada terjadinya ‘kesan rumah hijau’. Hutan yang mempunyai pelbagai saiz dan bentuk yang berkeupayaan menurunkan suhu setempat. Terdapat satu kajian yang pernah dibuat menunjukkkan bahawa kemampuan penyejukan bagi sebatang pokok adalah sama dengan lima buah pendingin udara yang beroperasi selama 20 jam sehari. Manakala impak negatif kepada iklim setempat apabila hutan diteroka ialah suhu kawasan akan meningkat. Ini terbukti melalui laporan akhbar Berita Harian (3 Mei 1994) bahawa suhu Cameron Highlands akan meningkat sekiranya 935.8 hektar untuk 10 projek (pembinaan banglo, kondominium, pangsapuri kos rendah dan sederhana, hotel, chaler dan pusat rekreasi). Kesannya suhu meningkat 2-3 darjah antara satu petang hingga empat petang dan antara 1-2 darjah pada waktu malam menjelang tahun 2010 di Cameron Higlands.

Bukan sahaja itu, hutan juga berfungsi sebagai agen pembersih udara melalui proses fotosintesis. Proses ini melibatkan proses penyerapan karbon dioksida dan mengeluarkan oksigen serta wap air yang menolong melembapkan dan menyamankan udara. Hutan juga beruapaya mengawal dan menghapuskan bahan cemar yang yang parasnya tidak begitu tinggi. Ia berlaku apabila pokok menggunakan sebahagian dari bahan cemar seperti karbon monoksida dan sulfur dioksida dalam proses metabolisme. Hutan juga bertindak sebagai penahan bunyi yang berkesan.di bandar, pokok-pokok telah ditanam untuk tujuan tersebut secara teratur.

Apabila kegiatan manusia menebang hutan secara berleluasa akan mengurangkan kawasan tumbuh-tumbuhan. Kesannya, semakin kurang kelembapan dilepaskan oleh tumbuh-tumbuhan ke udara. Udara yang kurang lembap tidak akan membawa hujan dan kemarau pun berlaku. Apabila berlakunya faktor-faktor di atas secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya peningkatan suhu kepada bumi.

Jabatan Alam Sekitar boleh mewujudkan satu sistem pengurusan tumbuh-tumbuhan berkekalan yang dapat melindungi unsur-unsur flora terutamanya kepelbagainya hayat yang menghadapi bahaya kepupusan alam flora inilah merupakan langkah untuk mengatasi masalah tersebut. Apabila adanya sistem ini maka pembalakan haram boleh dikurangkan. Contohnya penanaman tumbuh-tumbuhan semula akan membaiki keadaan yang sedang berlaku.

Bukan sahaja itu, Jabatan Alam Sekitar boleh menggunakan satu cara untuk melindungi flora di negara kita iaitu mengiktiraf lebih banyak kawasan sebagai taman rekreasi, taman laut atau taman negara dengan keluasan mencukupi. Apabila kawasan tertentu diiktirafkan maka alam flora lebih dilindungi dan juga dapat diselamatkan. Seterusnya, Jabatan tersebut perlu memperketatkan akta dan tindakan undang-undang pembalakan khasnya untuk mencegah pembalakan haram dan pemusnahan spesis tumbuhan yang tidak terkawal seperti tumbuhan jenis orkid. Penguatkuasaan Undang-undang oleh kerajaan di bawah Akta kualiti Alam Sekitar (EQA) 1974 untuk mendenda atau menghukum pembalakan secara haram.

Seterusnya, Penghapusan alam flora secara besar-besaran yang dilakukan oleh manusia atas tujuan komersial yang menjadi antara punca utama kepupusan alam flora. Kawasan alam flora yang diterbang dan dimusnahkan dengan pelbagai cara dan teknik tertentu. Komersial tersebut akan pembukaan kawasan alam flora sebagai pembinaan kawasan penempatan industri disamping untuk projek hidro elektrik. Contohnya, yang berlaku di negeri Sarawak dengan memusnahkan kawasan alam flora secara besar-besaran dan ia juga menjejaskan kehidupan orang asli pada tempat tersebut. Walaubagaimanapun kaedahnya ini boleh menyelesaikan masalah manusia pada masa hadapan tetapi fenomena pemusnahan dan penghapusan tanpa kawalan membolehkan alam dimusnahkan dan permukaan bumi akan tergondol. Perkara ini juga boleh berlaku secara meluas dengan meliputi skala negara, wilayah dan benua tidak kira sama ada di negara maju mahupun negara yang sedang membangun.

Pemusnahan alam flora ini berlaku sering atas pembangunan. Apabila alam flora dimusnahkan maka elemen-elemen biodiversiti yng lain juga turut musnah. Misalnya Hutan Hujan Amazon yang luasnya 0.5 billion hektar mempunyai berjuta spesis tumbuhan. Bagi satu hektar hutan Amazon 1,500 jenis spesis tumbuhan. Kesan yang paling penting akibat aktiviti pembalakan atau penghapusan ialah terhadap kepelbagaian biologi. Spesis alam flora diancam kepupusan sehingga kita tidak sempat menjalankan pemuliharaan. ( Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin, 2009 )

Disediakan Oleh Lim Kar Tian

7 comments: