Saturday, January 30, 2010

Landskap dalam bidang komersial

Adakah anda mengetahui bahawa maksud flora adalah seerti dengan tumbuh-tumbuhan?Flora merupakan salah satu daripada alam benda hidup yang terdapat di alam semesta.Flora merupakan organisma yang terkandung dalam alam Plantae.Biasanya,Organisma yang menjalankan proses fotosintesis diklasifikasikan sebagai flora mahupun tumbuhan.Flora memerlukan cahaya matahari untuk menjalani proses fotosintesis.flora merangkumi semua benda hidup yang mampu menghasilkan makanan dengan menggunakan klorofil untuk menjalani proses fotosintesis dan menghasilkan kanji.

Flora merupakan elemen yang sangat penting dalam rekabentuk sebuah taman atau landskap di sesebuah kawasan.Flora mempunyai kegunaan tertentu dalam landskap dari segi fungsi fizikal dan kecantikan.Tanpa kehadiran flora maka sesebuah taman itu menjadi kurang berseri dan kaku.Ada enam fungsi fizikal flora iaitu mengawal hakisan, meredakan iklim, bertindak sebagai tirai, memberi teduhan daripada panas matahari, mengarah pergerakan dan akhir sekali melindungi hidupan liar.

Selain itu,flora juga memiiliki fungsi estetika iaitu yang pertama flora-flora boleh digunakan untuk membentuk sempadan-sempadan kepada ruang-ruang yang tertentu. Di samping membentuk ruang atau bilik-bilik luar ini, tumbuh-tumbuhan juga berguna untuk memberi kualiti atau menghias ruang tadi.Kedua, Merangka pemandangan merupakan suatu teknik yang sering digunakan untuk memperbaiki sesuatu pemandangan.Cara yang paling biasa untuk merangka pemandangan semulajadi ialah dengan menggunakan flora.Disamping itu,kehadiran flora-flora di pangkal bangunan atau struktur boleh menjadikan bangunan atau struktur itu kelihatan terikat dengan permukaan bumi dan lebih stabil.

Kaya dari bisnis landskap? Mengapa tidak? Dalam beberapa tahun terakhir, landskap telah menjadi komoditas bisnis yang menjanjikan. Banyak orang tergiur manisnya bisnis ini. Beberapa di antaranya sukses meraup keuntungan yang fantastis. Namun, tidak sedikit pula yang harus gulung tikar akibat salah manajemen.Bidang landskap ialah satu bidang yang berkaitan dengan pengajian sains dan seni dan ianya adalah satu profesion yang menekankan pertalian di antara alam binaan dan alam tabie dengan mengambil kira kedua-duanya dalam konteks penghidupan manusia sejagat.

Dari segi pentakrifan bidang ikhtisas rekabentuk landskap bolehlah ditakrifkan sebagai 'seni dan sains mengubahsuai kawasan persekitaran dengan mengatur dan mengambil kira unsur-unsur semulajadi, tumbuhan serta binaan mengikut suatu rancangan estetik dan teknik yang menyeluruh'. Peranan arkitek landskap akan menjadi bertambah penting dengan pemesatan proses urbanisasi dalam tekad kerajaan mencapai matlamat wawasan Negara.

Bidang landskap adalah penting dalam proses pembangunan kawasan-kawasan kediaman, komersial, industri dan rekreasi.Jika pembangunan ini tidak dikawal dengan pengindahan landskap yang sempurna, ia akan mewujudkan suatu suasana alam sekitar tandus, kering dan tidak bermaya. Justeru itu perancangan, rekabentuk dan pengurusan landskap yang profesional akan menampilkan suasana persekitaran bagi penghidupan manusia sejagat secara lebih inovatif dan berdaya maju. Pengajian landskap antara lain merangkumi isu guna tanah dan perancangan alam sekitar, perancangan dan rekabentuk tapak dan permasalahan tanah dan pengurusan landskap.

Landskap bukan lagi asing kepada masyarakat di negara ini, terutama dikawasan bandar. Semakin banyak premis sama ada kediaman persendirian, hotel, taman rekreasi, rumah ibadat, resort, hospital, pusat pengajian tinggi malahan sekolah, mula memberi penekanan terhadap persekitaran hijau dan menghiasinya dengan seni landskap yang indah dan menarik.Malahan sesetengah pihak pemaju menjadikan landskap salah satu komponen penting seiring dengan projek yang dibangunkan. Ia bukan lagi aspek sampingan pembangunan, malahan dianggap penyumbang penting kepada sector pelancongan serta pembangunan ekonomi negara.

Berikutan dengan kesedaran serta permintaan yang semakin meningkat landskap kini dilihat sebagai satu industri penting, sama ada dalam pembangunan tanah, perumahan, rekreasi, komersial dan pelancongan, selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai Negara Dalam Taman menjelang tahun 2020.

Kesedaran masyarakat mengenai kepentingan membangunkan persekitaran hijau dan indah semakin ketara berikutan usaha promosi kerajaan menerusi Jabatan Landskap Negara, di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, yang mahukan aspek landskap diwajibkan dalam setiap projek pembangunan dan memberi tanggungjawab kepada kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan menangani aspek itu secara serius.

Dengan sumber dan kepakaran yang ada,pembangunan landskap negara ini boleh menandingi pembangunan landskap negara maju. Usaha ini secara langsung mampu mengubah iklim mikro di serata tempat dengan penanaman pokok dalam kuantiti yang banyak sekali gus meningkatkan mutu kebersihan dan keindahan alam sekitar, serta produktiviti rakyat.Kepesatan perbandaran yang berlaku di seluruh dunia termasuk di Negara ini akan memberi kesan kepada persekitaran fizikal, sosial, ekonomi dan alam sekitar. Justeru, kesedaran untuk mengekalkan warisan semula jadi dan kehijauan terutamanya landskap Bandar perlu menjadi agenda penting dalam pembangunan landskap.

Industri Binaan dan landskap dijangka berkembang pada kadar yang pesat serta rancak pada masa akan datang demi merealisasikan matlamat Negara yakni wawasan 2020. Jangkaan ini selari dengan hasrat kerajaan supaya Malaysia menjadi negara maju pada tahun tersebut.Projek-projek besar seperti Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang memberi penekanan yang amat tinggi kepada persekitaran.

Justeru itu, permintaan untuk kepakaran bidang landskap akan meningkat bagi tahun-tahun yang akan datang.Pembangunan landskap di Malaysia berkembang dengan kadar yang begitu cepat sekali. Pembangunan industri binaan yang juga berkembang dengan begitu pesat telah juga memungkinkan profesion ini mendapat kesan limpahan walaupun terpaksa menghadapi keterbatasan yang tertentu.Keterbatasan pemahaman profesion arkitek landskap pada suatu masa dahulu kini telah mula menampakkan keperluannya pada masa kini.

Usaha untuk mempertahankan dan membangunkan landskap yang akan menjadi pemangkin kecemerlangan generasi akan datang perlu dipertingkat agar warisan ini tidak pupus ditenggelami arus pembangunan. Pembabitan secara menyeluruh semua pihak dapat menghasilkan suasana kehijauan, keindahan serta keselesaan sepertimana yang dihasratkan, selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia sebuah Negara Dalam Taman yang terindah.

Kesimpulanya secara lansung landskap bandar memainkan peranan yang penting dalam bidang komersial.Dengan itulah,kedua-dua bidang tersebut saling berkaitan antara satu sama lain supaya mengukuhkan ekonomi Negara serta melahirkan rakyat yang mecintai alam sekitar demi kesihatan.Akhirnya Rakyat sihat,Negara maju.

No comments:

Post a Comment