Sunday, January 24, 2010

Ke Arah Pengurangan Pengeluaran Gas Rumah Kaca

Pendahuluan

Kesan rumah kaca merupakan salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya pemanasan sejagat. Oleh itu satu usaha telah dilakukan bagi mengurangkan kesan rumah kaca ini daripada memberikan kesan yang buruk kepada perubahan iklim dunia. Hasil daripada beberapa perbincangan di antara beberapa buah negara, telah mendorong lahirnya Protokol Kyoto. Usaha untuk mengurangkan kesan rumah kaca ini mula diutarakan pada awal tahun 1970-an dan1980-an apabila saintis mengeluarkan hasil kajianmereka terhadap fenomena kesan rumah kaca. Protokol ini telah disepakati pada Persidangan ke-3. Negara-negara yang terlibat dalam Konvensyen Perubahan Iklim (Kerangka Konvensyen Terhadap Perubahan Cuaca).

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau TheUnited Nations Frame Work Convention on Climate Change/UNFCCC) yang diadakan di Kyoto,Jepun pada 11 Disember 1997. Protokol ini telah dibuka untuk ditandatangani dari 16 Mac 1998 sehingga 15 Mac 1999 di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di New York. Pada waktu itu, Protokol tersebut telah ditandatangani oleh 84 negara. Namun demikian, bagi negara lain yang belum menandatanganinya masih dapat menggunapakai protokol tersebut pada bila-bila masa. Pada 16 Januari 2005, Protokol Kyoto telah dikuatkuasakan perlaksanaannya. Protokol Kyoto mewajibkan negara anggota kepada UNFCCC untuk meratifikasi,menggunapakai dan memberikan pengesahan. Negara-negara berkenaan dikehendaki mengurangkan kadar pembebasan gas rumah kaca ke tahap 5.5 peratus daripada jumlah gas rumah kaca pada tahun 1990 dalam tempoh 2008 hingga 2012.

Di antara isi kandungan Protokol Kyoto ialah mewajibkan negara-negara maju mengurangkan pembebasan gas rumah kaca atau turut disebut sebagai gas rumah hijau, yang terdiri daripada karbon dioksida, methane, nitrus oksida, hidrofuorokarbon, perfluorokarbon dan sulfur hexaaflorida. Protokol Kyoto juga mengatur mekanisme teknik pengurangan pembebasan gas rumah kaca yang dikenali dengan Mekanisme Pembangunan Bersih (Clean Development Mechanism/CDM). CDM adalah suatu mekanisme di bawah Protokol Kyoto yang dimaksudkan untuk membantu negara maju memenuhi sebahagian kewajibannya menurunkan pembebasan gas

rumah kaca serta membantu negara sedang membangun dalam usaha ke arah pembebasan lestari

Mekanisme ini menawarkan pendekatan menang-menang (win-win solution) antara Negara maju dengan negara membangun dalam rangka pembebasan gas rumah kaca: negara maju perlu menanamkan modalnya di negara membangundalam projek-projek yang dapat menghasilkan pengurangan pembebasan gas rumah kaca. Malaysia telah menandatangani protokol ini pada tahun 1993 dan meratifikasikannya pada tahun 1994. Kerajaan telah mengambil inisiatif yangserius dalam usaha ini di peringkat tempatan. Malaysia merupakan negara yang ketiga terbanyak mengeluarkan karbon dioksida di kalangan Negara ASEAN, iaitu sebanyak 4.56 ton per kapita, iaitu hampir 49% daripadanya melalui sector pengangkutan.

ISU PENGGUNA

Artikel ini memenangi tempat kedua kategori 19 tahun atas dalam pertandingan Mengarang Esei Kepenggunaan, sempena Hari Pengguna Malaysia 2004, anjuran bersama

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan FOMCA.

Rakyat Malaysia menghasilkan lebih kurang1500 tan sampah sehari, iaitu purata sebanyak 0.95 kg seorang. Jika dihitung secara fizikal, Malaysia pasti tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk menempatkan sampah-sampah tersebut suatu hari nanti.

Keadaan ini bukan sahaja akan menjejaskan keindahan alam sekitar, malah akan memberi pelbagai impak yang negatif terhadap masyarakat dan negara. Sebagai contoh, masalah pembuangan sampah-sarap yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar, terutamanya di kawasan-kawasan pusat bandar dan kawasan rekreasi. Malah, berdasarkan kajian yang dijalankan, kerajaan terpaksa membelanjakan lebih kurang RM 400 juta setahun untuk tujuan pengurusan sampah-sarap. Oleh itu, amalan kitar semula perlu dilaksanakan sebagai satu altematif untuk mengurangkan masalah pembuangan sampah-sarap.

Pelbagai langkah boleh dilaksanakan untuk memupuk amalan ini. Sebagai contoh, kempen kitar semula yang telah dijalankan dengan slogan"Fikir Dahulu Sebelum Buang" sudah menjadi sinonim dalam masyarakat negara ini. Hal ini membuktikan bahawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedikit sebanyak telah berjaya mendedahkan konsep kitar semula dikalangan pengguna. Kempen-kempen kitar semula juga perlu dijalankan dengan lebih meluas khususnya melalui media-media massa seperti televisyen, majalah dan surat khabar. Melalui kempen ini, para pengguna perIu didedahkan dengan kepentingan kitar semula dan kaedah-kaedah untuk mengitar semula.

Selain itu, amalan kitar semula di kalangan pengguna dapat dipupuk melalui program-program yang dapat menarik minat para pengguna seperti kuiz dan pertandingan yang melibatkan amalan kitar semula. Sebagai contoh, pertandingan reka cipta menggunakan barangan terbuang secara tidak langsung boleh menarik minat para pengguna untuk mengitar semula. Kuiz dan pertandingan-pertandingan lain seperti pertandingan melukis poster dan menulis esei yang bertemakan alam sekitar juga perlu dianjurkan khususnya di sekolah-sekolah bagi memupuk kesedaran dan menyemai rasa kasih terhadap alam sekitar di kalangan generasi muda. Malah, pertandingan seperti sekolah tercantik yang sering diadakan juga merupakan kaedah terbaik untuk melatih generasi muda memelihara keindahan alam sekitar serta mengamalkan kitar semula yang merupakan salah satu cara memelihara kebersihan alam sekitar.

Di samping itu, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu bekerjasama dalam usaha untuk menggalakkan amalan kitar semula di kalangan pengguna. Ketiga-tiga komponen ini perlu berganding tenaga bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan yang berkualiti dari segi pengurusan sisa buangan,serta memastikan perkhidmatan yang disediakan mencukupi, efisyen, selesa dan konsisten. Dalam hal ini, pihak berwajib perlu memastikan tong-tong kitar semula dan pusat pengumpulan sisa buangan disediakan di lokasi-Iokasi yang strategik dan mudah diakses oleh para pengguna seperti di kawasan perumahan, pusat beli-belah dan pusat aktiviti komuniti.

RUANGAN PUSAT KHIDMAT ADUAN PENGGUNA NASIONAL (NCCC)

􀂄 Proses pengeluaran berbahaya

Proses pembuatan plastik polivinil klorida (turut dikenali sebagai PVC atau vinil) menggunakan

bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser. Penggunaan bahan mentah seperti etilena diklorida (EDC) dan vinil klorida monomer (VCM) boleh menyebabkan terhasilnya sejumlah besar sisa buangan berbahaya yang boleh mencemarkan udara, tanah dan air yang terletak di persekitaran kilang tersebut. Hasil pengeluaran PVC ini juga menyebabkan terhasilnya toksik seperti dioksin, biferil berpoliklorin (polycholrinated biphenyl - PCB) dan heksaklorobenzena (HCB). Semua bahan ini perlu dihapuskan penggunaannya menurut Konvensyen Stockholm, yang ditandatangani oleh 100 buah negara, termasuk Amerika Syarikat.

􀂄 Masalah Alam Sekitar

Kilang pengeluar vinil yang utama di Amerika Syarikat terletak di Louisiana. Kebanyakan kilang-kilang ini terletak di kawasan penduduk yang berpendapatan rendah, yang hampir sebahagian besarnya penduduknya adalah masyarakat berturunan Afrika. Pencemaran daripada kilang-kilang ini telah mengancam kesihatan dan alam sekitar di kawasan penduduk yang berhampiran dengan kawasan kilang plastik tersebut kerana ia telah menyebabkan berlaku pencemaran air bawah tanah dan penghasilan bahan berbahaya yang lain.

Pada tahun 1998, sekumpulan penduduk membantah hasrat syarikat Shintech untuk membina kilang membuat PVC yang bernilai US$700 juta di Convent, Amerika Syarikat. Kilang

ini mampu mengeluarkan sebanyak 1.1 bilion paun PVC dan menyebabkan pencemaran 611,000 paun toksik setiap tahun. Lebih daripada 80 peratus penduduk di Convent terdiri daripada masyarakat berturunan Afrika dan 40 peratus daripadanya hidup di bawah paras kemiskinan.

Satu kajian yang dilakukan di Mossville, Los Angeles pada tahun 1999 menunjukkan tahap dioksin dalam tanah 50 peratus lebih tinggi daripada purata di Amerika Syarikat dan kepekatan darah penduduk di situ tiga kali ganda lebih tinggi dibandingkan dengan penduduk di kawasan lain.

􀂄 Bahan aditif bertoksik

PVC menggunakan lebih banyak bahan aditif bertoksik berbanding plastik yang lain. Ini termasuk galian besi seperti plumbum dan organotin untuk menstabilkan PVC, kromium dan kadmium dalam proses perwarnaan dan pemplastik seperti fatalat agar ia mudah dibentuk. Pengeluar beribu-ribu produk PVC yang merangkumi daripada karpet, kertas dinding hingga permainan dan produk kesihatan yang dihasilkan oleh beratus-ratus kilang di seluruh Amerika Syarikat. Kilang-kilang ini mendedahkan kepada para pekerja dan penduduk di kawasan sekitarnya kepada aditif bertoksik dan hasil sisa buangannya. Kebanyakan aditif bertoksik ini boleh dilepaskan daripada produk PVC ini apabila ia digunakan oleh pengguna.

􀂄 Kemalangan katastrofik

Kilang VCM dan PVC di Louisiana telah melaporkan tentang kemalangan kimia kepada Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA), Amerika Syarikat bahawa hanya satu daripada kilang mereka yang boleh menimbulkan bahaya kepada beribu-ribu pekerja dan penduduk di kawasan sekitar. Namun hakikatnya, letupan dan kebocoran gas dengan mudah boleh menyebabkan kecelakaan yang besar seperti yang berlaku di Bhopal, India pada tahun 1984, yang mengorbankan lebih kurang 8,000 orang dalam masa tiga hari.

BAHAYA PLASTIK

POLIVINIL KLORIDA (PVC)

ISU PENGGUNA

Apabila berlakunya kebocoran gas daripada kilang pengeluar racun makhluk perosak itu;

􀂄 Tidak selamat digunakan

Bahan aditif bertoksik mudah berpindah daripada produk PVC kepada pengguna dewasa, kanak-kanak dan juga pesakit hospital yang menggunakan produk tersebut. Kebakaran yang melibatkan produk PCV boleh menghasilkan gas klorida hidrogen yang boleh menyebabkan kematian, bukan sahaja kepada penghuni bangunan tetapi juga anggota bomba yang bertugas memadamkan kebakaran.

Kertas dinding vinil mengandungi kelembapan yang merupakan punca utama kepada kulat dan lumut pada hiasan rumah. Kebanyakan kulat ini adalah bertoksik, yang boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

􀂄 Sisa buangan yang tidak selamat

Sisa buangan PVC daripada buangan pihak berkuasa tempatan dan sisa buangan perubatan insinerator merupakan penyumbang utama dioksin menurut EPA. Apabila pembakaran dilakukan, aditif bertoksik dalam PVC turut dilepaskan. EPA turut mengenalpasti kawasan pelupusan sampah pihak berkuasa tempatan sebagai sumber utama lain kepada dioksin dan PVC adalah satu-satunya penyumbang utama dioksin daripada sisa buangan ini. Aditif bertoksik yang dihasilkan daripada buang PVC boleh juga mencemarkan air bawah tanah di kawasan pelupusan sampah ini.

EPA turut melaporkan pembakaran terbuka sampah di kawasan luar bandar merupakan sumber utama lain bagi dioksin. Ujian yang dilakukan ke atas pembakaran ini menunjukkan kandungan dioksin yang tinggi akibat daripada jumlah plastik PVC yang tinggi dalam buangan tersebut.

􀂄 Masalah kitar semula

Secara umumnya kadar plastik yang dikitar semula adalah rendah. Namun kadar kitar semula

plastik PVC adalah jauh lebih rendah. Kurang daripada satu peratus plastik PVC dikitar semula. PVC tidak semudahnya bercampur dengan plastikplastik jenis lain untuk dikitar semula kerana ia boleh melepaskan aditif bertoksik apabila cair.

􀂄 Kaedah yang lebih selamat

Sebenarnya semua penggunaan PVC mempunyai alternatif sedia ada yang selamat dan pada harga yang berpatutan. Kira-kira 70 peratus semua PVC digunakan dalam bahan-bahan pembinaan seperti rel langsir, batang paip, lantai dan kertas dinding. Sebagai ganti bagi penggunaan PVC tersebut, penggunaan kayu, simen, besi dan plastik moden yang tidak menggunakan klorin atau bahan petrokimia seperti biopolimer yang kini dikeluarkan sebuah syarikat, Cargill Dow di Amerika. proses untuk menghasilkan cara bagi membuat sesuatu ataupun untuk penyelesaian teknikal terhadap sesuatu masalah. Akta ini membolehkan pemilik paten ini menghalang pihak lain daripada membuat, menggunakan atau menjual miliknya di Malaysia.

􀂄 Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996

Akta ini diperuntukkan bagi melindungi reka bentuk perindustrian bagi aspek hiasan dan estetik

sesuatu barang. Reka bentuk barangan itu meliputi tiga dimensi seperti bentuk atau tata rajah sesuatu artikel atau menyewa apa barangan padanya reka bentuk perindustrian berdaftar yang sudah digunakan. Pemilik reka bentuk perindustrian berdaftar diberi hak untuk membuat, mengimport, menjual atau menyewa ciptaannya yang telah didaftarkan.

􀂄 Akta Petunjuk Geografi 2000

Akta Petunjuk Geografi merupakan petunjuk yang mengenal pasti di mana produk itu dihasilkan

berdasarkan negara atau wilayah atau kawasan atau tempat di dalam negara atau wilayah tersebut.

Petunjuk ini digunakan bagi sebarang produk semula jadi atau pertanian, kraf tangan atau industri. Akta ini memperuntukkan hanya pengeluar sahaja yang boleh menjalankan aktiviti dalam kawasan geografi yang dinyatakan dalam daftar mempunyai hak untuk menggunakan sesuatu petunjuk geografi yang berdaftar dalam perjalanan perdagangan.

􀂄 Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000

Akta ini melindungi pencipta reka bentuk susun atur litar bersepadu. Pemilik berdaftar reka cipta

ini layak mendapat perlindungan secara automatik, dengan syarat, ia hendaklah ciptaan asli dan bukan perkara biasa di antara pencipta reka bentuk susun atur dan pengilang litar bersepadu. Selain daripada pencipta yang dilindungi, ia juga memberi hak kepada orang yang menugaskan sesuatu reka bentuk itu dicipta ataupun majikan jika ia dicipta oleh pekerja majikan tersebut.

Sumber: Berita Harian, 3 Mac 2005

Kesimpulan

Kita sudah tentulah merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam keadaan berasap, kotor dan busuk. Konsep ini harus diperkembangkan dengan menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita. Jika kita menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita sendiri, sanggupkah kita mengotorinya?

Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup bebas. Bukankah alasan ini sudah cukup untuk kita membelainya dengan perasaan penuh timbang rasa dan kasih sayang? Perasaan hormat harus diberikan kepada semua bentuk hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala tindakan manusia mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan hormat terhadap hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga kesejahteraan alam sekitar supaya tidak tercemar bermakna menghormati keperluan kita untuk mendapatkan udara dan bekalan air yang bersih.

Secara globalnya masalah pencemaran laut merupakan di antara agenda terpenting yang harus dihadapi oleh negara-negara berpantai. Walaupun pelbagai masalah yang timbul dalam penguatkuasaan pencemaran disektor marin, namun ia tetap dijalankan oleh agensi-agensi maritim yang dipertanggungjawabkan dalam menangani masalah ini. Kerjasama ini bukan hanya terletak pada agensi-agensi yang terbabit tetapi orang-orang awam juga boleh berkerjasama dengan melaporkan segera sebarang kejadian pencemaran laut yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerjasama yang padu di antara agensi-agensi maritim dengan pihak-pihak swasta bagi menaja operasi pembersihan anasir pencemaran di laut amatlah dialu-alukan. Masalah pencemaran laut tidak akan dapat diselesaikan sekiranya tiada kesedaran dalam diri manusia sendiri tentang peri pentingnya alam sekitar kepada manusia. Selain daripada itu, undang-undang yang tertakluk juga harus dikuatkuasakan bagi menjamin masalah yang sama tidak akan berulang lagi.

Disediakan Oleh Fauziah Shattar (116855)

No comments:

Post a Comment